Thursday, January 6, 2011

Pastikan bayi tidur nyenyak


11:24 AM | , ,

BANGUN malam akibat tangisan bayi mereka adalah satu daripada keadaan normal yang membelenggu ibu bapa.
Di ruangan ini, disediakan beberapa tip mudah yang perlu dicuba ibu bapa untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak tanpa terlalu banyak gangguan daripada bayi.
*Jadikan satu rutin.Sekiranya bayi anda terjaga lewat pada waktu pagi, bangunkannya lebih awal setiap hari sebagai satu rutin berterusan bagi memastikan bayi mengantuk dan tidur awal pada waktu malam.
*Sediakan persekitaran yang terlindung dan keadaan lebih sempurna untuk bayi tidur. Ini dapat mengurangkan gangguan kepada bayi yang mana akan membantu si kecil tidur dengan nyenyak sepanjang malam.
*Menambah waktu penyusuan.Berikan susu dengan lebih kerap kepada bayi setiap hari untuk memastikannya mendapatkan nutrisi yang diperlukannya.
*Tempat penyusuan bersesuaian.Sekali-sekala, susukan bayi dalam bilik atau tempat yang senyap dan tidak terlalu terang untuk menggalakkan bayi agar tidak bosan.
*Jika anda menyusukan badan, pastikan bayi menghabiskan susu di sebelah payu dara sebelum mengalih bayi ke sebelah lagi.Cara ini akan membantu bayi mendapatkan semua khasiat yang terkandung dalam susu ibu dan lebih mengenyangkannya untuk mengelakkan bayi terjaga akibat lapar di tengah malam.
*Dukung bayi anda.Dukung bayi anda termasuk dengan menggunakan alat mendukung untuk membantu memastikan bayi relak terutama pada waktu petang bagi memudahkannya tidur.
*Pastikan bayi selesa untuk tidur.Jika mandi mampu menenangkan bayi, mandikannya sebelum menidurkan. Namun sekiranya dia tidak selesa, mandikannya pada waktu lain.
*Suapkan makanan dalam bilik yang gelap jika bayi terjaga akibat lapar pada waktu tengah malam.Kaedah ini akan memberitahunya bahawa keadaan gelap iaitu malam adalah waktu untuk tidur.
*Elakkan menukar lampin pada waktu malam.Sebolehnya, jangan menukar lampin bayi pada waktu malam kerana anda akan membuatkannya terbangun.
Paling penting, jangan lupa menjaga kesihatan diri anda sendiri.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...