Monday, March 21, 2011

The French Macarons

by anis 0 comments

 sumber dari SINI
Bahan-bahan
(Swiss Meringue)
80 gm putih telur (2 biji telur besar je)
65 gm gula kastor

80 gm badam kisar (kisar halus2)
140 gm gula ising (di ayak 2-3X)
1/2 tsp lemon juice

intinya
100 gm dark chocolate
50 gm wipping cream

(bahan inti mcm atas ni aku tak de aku ganti dgn Jem nenas dan peanut butter "tak suka...
ada aku kesah...aku yg buat dia)

Caranya
Alaskan loyang dengan kertas baking, gunakan penerap biskut bentuk bulat dan tandakan di kertas baking tersebut dengan mencelup dlm tepung atau coklat dan tekap atas kertas baking
betulke ayat ni...
Campurkan putih telur dengan gula kaster dan gaulkan dlm mangkuk dan di dalam bekas berisi air panas sampai gula larut (dan angkat) bahan ni panas suam2 kuku
Masukkan dalam mangkuk pengadun campurkan lemon juice dan putar dengan kelajuan sederhana sampai medium peak (tak reti nak translate) tanduknye tak tinggi sangat gitula gamaknya kalau nak campur dgn pewarna serbuk boleh lah masa ni
Dah siap bab ni gunakan spatula gaulkan pula dengan serbuk badam dan gula icing sampai rata
jangan terlebih mengaul pulak. Adunan ni macam kek je.
Masukan adunan dalam piping bag dengan nozel bulat. dan pamkan atas dulang tadi.Selepas itu rehatkan dulu adunan ni 20-25 Panaskan Oven dengan suhu 150C Dan bakar selama 12-15 minit bergantung pd oven masing2
Dah masak keluarkan dari oven, Susah nak tanggalkan dari kertas baking, Angkat kertas baking dan spraykan dengan air bawah kertas baking biarkan beberpa saat dan tanggalkanlah cookiest tu dan letakkan di atas redai.. dah siap intinya letakkan apa yang patut aku ingat nak bubuh nuttela je tapi kat kedai tak de lah.Yang penting biskut tu jadi..Ya ampun kalau alihbahasanya kurang jelas.. Inilah cara yg aku buat...jamin jadi lah..


ROTI POKET

by anis 0 comments


Sumber : Mama Zieza
Sumber (Copied) : Mas (Duniaku)
Bahan-bahan
  • Serbuk roti
  • Mayonis
  • Cream cheese - x letak
  • Lada sulah / lada hitam
  • Ayam - ina guna ayam yg dah digoreng
  • Bawang Besar hiris
  • Cili Benggala potong dadu - ina ganti dengan tomato
  • Daun salad
    Roti Gardenia jgn lupa..

Cara-cara (roti):
  1. Lapiskan dua roti
  2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh.
  3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti.
  4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
  5. Toskan.
Cara-cara- (Inti) :
  1. Tumiskan bawang
  2. Masukkan cili benggala
  3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
  4. Masukkan mayonis & Cream cheese
  5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..
Note: Ina tak masak bahan-bahan ni cuma potong dan campurkan secara fresh sahaja.
Cara hidang:
  1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
  2. Letakkan daun salad
  3. Masukkan inti yg siap dimasak


PANCAKE

by anis 0 comments



Bahan-bahan

• 1 biji telur
• 1/4 cawan gula
• 3/4 susu segar atau susu cair - prefer susu segar,pancake jd lg lembut
• 1 cawan tepung gandum
• 1 tsp baking powder
• 1/4 tsp garam
• 25 gram butter - anggaran dlm 1 sudu besar - kemudian dicairkan

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu.
2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, dan juga garam. Kacau hingga sebati bersama butter yang telah dicairkan terlebih dahulu.
3. Panaskan non-stick pan dgn kepanasan sederhana. Ceduk adunan tadi dlm dua sudu besar ke dalam pan yang telah digriskan dgn butter atau minyak. Aku tak gris pon...hehehe
4. Apabila kelihatan buih-buih kecil timbul dipermukaan, bolehla balikkan pancake tersebut.
5. Kemudian angkat dan hidangkan dengan jem kegemaran anda


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...