Monday, January 10, 2011

Panas, Ariel Peterpan Dihukum Penjara 5 Tahun Dan Denda RM85,000


10:04 AM | ,

ariel dihukum penjara 5 tahun

MAHKAMAH Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak RM85,000 ke atas penyanyi Kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel selepas didapati bersalah terbabit dalam mengedar dan merakam video hubungan seksnya dengan dua artis, Luna Maya dan Cυt Tari.

Hakim, Rusmanto ketika membacakan hukuman turut menyelar Ariel di atas sikapnya yang enggan mengaku bersalah walaupun beberapa saksi jelas membabitkan kesalahan yang dikenakan terhadapnya.

Kata Rusmanto, enggan mengaku salah itu telah menyebabkan dia dihukum penjara dengan berat, terutama kerana menyulitkan proses mahkamah dan penghakiman.

Pada masa sama, katanya Ariel sebagai artis dan idola sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, sebaliknya terbabit dalam perbuatan jahat dan keji yang mana rakaman video itu boleh diakses oleh mana-mana pihak di seluruh dunia.

**Dunia oh dunia...apa lah yang dia cuba tunjukkan pada dunia...nak tunjuk kelakian  ko ker? nak tunjuk ko hebat sangat dlm sekx ker?..setiap perbuatan pastu da balasan.aku dh tgok video lucah tu...mmg melampau sungguh...depan2 dia tunjuk ''tot''...nie klau lg 30 tahun dia tgok or anak dia or cucu dia or dia sendiri....sungguh memalukan tol!!!!




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...