Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)


10:45 AM | ,

sape tgok anugerah juara lagu 25...waaaah! menarik giler kali nie...byk buat kejutan yg gebaboom!...tp juara nie mcm aku tak berapa nak minat ler..mcm da lagi penyanyi yg alayak dpt juara nie...hurrmmm..
i like ziana zain

Malam kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh penggiat dan peminat industri muzik tempatan sudah semakin hampir. 14 buah lagu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) yang akan diadakan pada 9 Januari hadapan.

Sempena menganjuran kali ke 25 ini, TV3 menjanjikan satu persembahan yang cukup hebat bagi memperlihatkan revolusi muzik yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Untuk itu, pentas AJL 25 telah direka dengan mengetengahkan konsep peta muzik (mapping music). Ini bermakna, persembahan pada malam itu nanti akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi terlibat.

Menurut Penerbit AJL 25, Ahmad Shaifullizam Arshad @ Gbam, pentas AJL kali ini menggunakan teknologi LED bagi mencipta satu persembahan yang mampu memberi impak terbaik.

“Kita akan guna 600 buah LED untuk pentas AJL kali ini. Teknologi terkini ini dilihat mampu memberi impak persembahan yang sangat baik. Tahun lepas pun kita sudah gunakan teknologi LED, cuma tidak sebanyak tahun ini. Selain itu, pentas ini juga terbahagi kepada dua bahagian sebab kita rancang persembahan kumpulan muzik berturut-turut. Kita tidak mahu persembahan pada malam itu terganggu. Sebaik sahaja persembahan satu kumpulan berakhir, kumpulan seterusnya boleh terus beraksi mereka sudah boleh bersedia di pentas yang satu lagi,” ujar Gbam ketika sidang media AJL 25 kelmarin.

Dalam masa yang sama, Gbam juga menolak kemungkinan penganjuran AJL kali ini akan mengundang kontroversi seperti penganjuran pada tahun lalu yang mengatakan AJL 24 mempunyai unsur-unsur Iluminasi. Jelas Gbam, apa yang berlaku pada tahun lepas adalah secara kebetulan. Pihaknya tidak pernah mempunyai agenda tersembunyi seperti yang didakwa.

“Saya yakin tema yang kami pilih untuk tahun ini tidak ada bersangkut-paut dengan isu yang tidak diingini. Kalau ada pun, ia hanya secara kebetulan. Apa yang kami cuba buat hanyalah untuk memberi yang terbaik kepada penonton di luar sana. Tidak ada sebab lain,” jelas Gbam lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan mengulas, beliau yakin AJL terus mendapat perhatian dan percaya kemunculannya bagaikan pemecah revolusi yang terus dinantikan oleh setiap peminat muzik tanah air.

“Tahun ini AJL melangkah setapak lagi dengan menampilkan gabungan artis-artis solo dan kumpulan yang sedang meningkat naik di mana majoritinya sendiri merupakan komposer dan penulis lirik lagu yang dipertandingkan. Saya percaya ini merupakan satu kemajuan dan perubahan positif kepada perkembangan industri muzik kita. Jadi, sudah menjadi misi kami untuk menjanjikan yang terbaik agar acara ini terus diangkat sebagai acara berprestij,” ujar Farid.

AJL 25 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Debaran AJL 25 dipanaskan dengan acara karpet merah yang akan diadakan pada jam 7.30 malam dan ia dibawakan secara langsung melalui laman web www.tv3.com.my/ajl25 sebelum acara kemuncak bermula.

Selain itu, penonton juga berpeluang mendapatkan cerita-cerita eksklusif dan terkini di sebalik tabir AJL 25 degan melayari www.gua.com.my.

Berikut adalah senarai giliran persembahan artis yang akan membuat persembahan pada AJL 25 nanti. Giliran ini diperolehi setelah cabutan dilakukan sendiri oleh artis dalam sidang media kelmarin.


1) Yuna – Cinta Sempurna
2) Tomok – Berlari
3) A.P.I – Pelita
4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King
6) Hafiz – Noktah Cinta
7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
8) Faizal Tahir – Selamat Malam
9) Adira – Ku Ada Kamu
10) Bunkface – Extravaganza
11) Black -Sofea Jane
12) Faizal Tahir – Hanyut
13) Stacy – Jahat
14) Hujan – Mencari Konklusi


Anugerah Juara Lagu 25 turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas gergasi muzik tempatan yang pernah menduduki takhta AJL seperti M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza. Turut membuat kemunculan khas ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.

AJL25 bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar selaku pengacara malam kemuncak tersebut.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...