Tuesday, December 21, 2010

Minyak naik lagi!


10:13 AM | , , , , ,


Baru-baru ini harga minyak naik lagi.kata harga minyak dah tidak naik lepas kenaikkan yang lepas..tapi..nie baru cerita harga minyak, belum cerita harga gula, harga bawang, harga ayam...aduhs! tapi BOS buat-buat tak dengar pulak bila harga minyak naik, BILA AGAKNYA GAJI NAK NAIK, untung bisnes dah banyak tp gaji tak mahu naik-naik kan lagi...BOOS! OH BOSS!

Terima kasih yang mulia najib!..saya suka sangat minyak naik, saya gembira sangat minyak naik, sambil isi minyak saya tersenyum simpul sebab kegembiraan...alhamdullilah... :((

Berikut adalah harga baru:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)



Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok
PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.

Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.
Sumber: mstar




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...